in , , , ,

Warner Bros Umum MultiVersus, Game Fighting Percuma – Superman, Batman, Arya Stark, Bugs Bunny, Banyak Lagi

Warner Bros. Games telah mengumumkan MultiVersus, sebuah game fighting-brawl-platform yang percuma untuk dimainkan di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC.

Kesemua platform ini akan menyokong cross-play dan cross-progression, dan dijadualkan dilancarkan pada 2022.

Tarikan utama game ini adalah menampilkan karakter-karakter yang dimiliki oleh Warner Bros, merentasi pelbagai francais, serta disuarakan oleh bintang-bintang terkenal.

Berikut ialah semua karakter yang diumumkan setakat ini, serta siapakah pelakon suaranya:

  • Batman (Kevin Conroy)
  • Superman (George Newbern)
  • Wonder Woman (Abby Trott)
  • Harley Quinn (Tara Strong)
  • Shaggy (Matthew Lillard)
  • Bugs Bunny (Eric Bauza)
  • Tom and Jerry (Eric Bauza)
  • Arya Stark (Maisie Williams)
  • Jake the Dog (John DiMaggio)
  • Finn the Human (Jeremy Shada)
  • Steven Universe (Daniel DiVenere)
  • Garnet (Estelle)
  • Reindog, satu karakter asli baharu (Andrew Frankel)

Daripada video penerangan yang disediakan pembangun Player First Games, game ini akan memfokuskan kepada gameplay coop dalam perlawanan 2v2 dengan abiliti dan kombo yang unik. Walau bagaimanapun, perlawanan solo 1v1 turut akan ditampilkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League Sideswipe Mula Dilancarkan Di Beberapa Negara, Saksikan Trailer Baharu

Battlefield 2042: Boleh Beli or Boleh Blah!?