Sejak tahun 2013, Warner Bros. dilaporkan telah mula membangunkan dua game Superman yang bergenrekan open-world, dan kedua-dua game itu telahpun dibatalkan.

Laporan ini hadir dari James Sigefield, wartawan di Geeks Worldwide. Beliau telah menulis satu bebenang di akaun peribadi Twitternya yang mendedahkan pembatalan dua game ini, sambil turut memunaik banyak seni konsep, rekaan awal karakter dan screenshot.

Sigfield memberitahu bahawa WB telah memanggil beberapa pengarah dan penerbit game untuk melontarkan idea untuk game Superman pada tahun 2013. Antara game yang dicadangkan ialah genre open-world yang dikatakan seakan sama dengan Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, projek itu telah dibatalkan ketika masih lagi dalam fasa prototaip.

Satu lagi game yang dirancang sudahpun mempunyai judulnya, iaitu Superman: Unbound — judul yang sama dengan filem animasi yang dikeluarkan juga pada tahun 2013. Game ini dikatakan “kurang open-world”.

Projek ini akhirnya telah dibatalkan. Faktor utama pembatalan ini dilaporkan kerana adanya mandat dari WB bahawa semua game DC Comics harus dibangunkan dalam enjin game Rockstedy, yang terkenal membawakan game dari siri Batman: Arkham. Terdapat kesukaran untuk membikin gameplay penerbangan Superman dalam enjin game ini, maka ia adalah mustahil untuk meneruskan pembangunan game ini (pada ketika itu).

Lebih menarik, WB juga dikatakan telah membatalkan game open-world Suicide Squad, yang mana game itu membenarkan pemain menggunakan watak-watak seperti Harley Quinn, DeathStroke, dan Katana.

Korang boleh baca bebenang penuh Sigfield di bawah:

Kepada peminat DC Comics, sama-samalah berdoa agar WB memikirkan semula keputusan mereka untuk membangunkan lebih banyak game dari DC selain Batman.

JomKomen!