in , , , , , ,

Warga Twitter Malaysia Pada 2021 Berbual Paling Banyak Tentang Genshin Impact, Kena: Bridge of Spirits, Roblox, PUBG

Pihak Twitter telah mengeluarkan rumusan mengenai apa yang dibualkan oleh para gamer sepanjang 2021 di platform media sosial itu.

Terdapat dua ranking yang dikeluarkan Twitter khusus untuk para pengguna di Malaysia, iaitu game yang paling banyak diciap dan pasukan esports yang paling banyak diciap.

Apa yang agak mengejutkan dalam senarai game yang paling banyak diciap oleh pengguna Twitter di Malaysia sepanjang 2021 adalah kehadiran Kena: Bridge of Spirits di kedudukan nombor dua.

Game yang dibangunkan Ember Lab itu berada hanya di belakang Genshin Impact, serta mengalahkan beberapa game besar lain seperti Roblox, PUBG, Valorant, Minecraft dan Dota 2.

Kedudukan tersebut mengejutkan kerana Kena: Bridge of Spirits merupakan sebuah game berbayar yang hanya dilancarkan di PC, PS4 dan PS5, yang mana mungkin sukar untuk mengumpulkan bilangan pemain yang ramai di Malaysia (apatah lagi untuk diciap di Twitter), berbanding game-game percuma lain (dan nama besar) yang berada di kedudukan lebih rendah.

Infografik di bawah adalah senarai 10 game teratas untuk game paling banyak diciap di Twitter oleh pengguna Malaysia sepanjang 2021:

Selain itu, pihak Twitter juga mendedahkan 10 pasukan esports yang paling banyak diciap di Twitter oleh pengguna Malaysia sepanjang 2021:

Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan, pihak Twitter mendedahkan pada tahun 2021, secara global, terdapat lebih daripada 2.4 bilion tweet tentang video game, dengan peningkatan sebanyak 14% daripada tahun sebelumnya, dan meningkat lebih 10 kali ganda daripada tahun 2017.

Topik perbualan ini paling banyak dapat dilihat pada suku keempat tahun 2021. Negara Asia Tenggara yang masuk ke dalam senarai global negara paling banyak tweet mengenai game ialah Thailand, Filipina, dan Indonesia.

Maurizio Barbieri, Ketua Perhubungan Sukan dan Game bagi Asia Tenggara dan Greater China di Twitter, berkata:

“Semasa kita semua sedang menyesuaikan kehidupan harian dengan norma baharu pasca pandemik, orang ramai mencari jalan untuk menjalinkan hubungan dengan pelbagai komuniti atas talian, antaranya adalah melalui video game. Peningkatan perbualan berkaitan game di Twitter membuktikan bahawa orang ramai semakin menumpukan perhatian kepada topik seperti game, pasukan esports, dan personaliti pemain terkenal. Twitter adalah medium perhubungan antara masyarakat dan jenama dalam memberi perkembangan terkini industri tersebut melalui perbualan #HanyaDiTwitter.”

Menurut pihak Twitter lagi, harapan mereka untuk 2022 adalah:

“Twitter sedia berkhidmat untuk memastikan anda kekal mengikuti perkembangan semasa acara esports tahun ini seperti Liga Call of Duty, Liga ESL Pro, Halo Championship Series, Rocket League Championship Series, Fortnite Championship Series dan pelbagai acara anjuran Riot Games seperti LCS, LEC & VCT. Tak dilupakan juga acara video game terbesar seperti E3, Summer Game Fest anjuran Geoff Keighley, Summer of Gaming anjuran IGN, Gamescom, The Game Awards dan banyak lagi.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FAR: Changing Tides: Pra-Tempah Kini Dibuka – Dunia Dilanda Banjir, Pemain Mengembara Naik Kapal Steampunk

Sony Akan Hasilkan Lebih Banyak PS4 Untuk Tampung Kekurangan Stok PS5