Warframe merupakan game co-op RPG third-person shooter yang boleh dimainkan secara percuma. Game ini dilancarkan di platform berbeza pada waktu yang berlainan — PC (Mac 2013), PS4 (Nov 2013), Xbox One (Sep 2014) dan Switch (Nov 2018).

Melalui pelbagai kemaskini dan kandungan tambahan percuma, Warframe merupakan salah satu contoh game percuma yang lebih inovatif berbanding sesetengah game berbayar yang ada di pasaran pada waktu ini.

Semasa TennoCon yang berlangsung pada hujung minggu lalu, Digital Extremes telah berkongsikan beberapa info baru dan memperlihatkan beberapa trailer baru untuk Warframe.

Yang menjadi perhatian utama dalam perkongsian ini ialah mode baru yang digelar Empyrean, iaitu mode pertempuran antara kapal-kapal angkasa.

Dalam video 44 minit di bawah, mereka memperlihatkan gameplay tiga orang pemain yang menaiki sebuah kapal perang angkasa yang diberi nama Railjack. Misi mereka ialah untuk mengembara di dalam sistem solar bagi mencari makhluk asing untuk dihapuskan dan di-loot. Semasa berada di atas kapal, mereka boleh mengawal perisai, sistem senjata dan bermacam alatan khas yang ada untuk kapal perang angkasa itu.

Mereke turut mengumumkan yang Empyrean akan mempunyai satu jenis quest baru yang dibina dalam fungsi yang dipanggil Squad Link. Fungsi ini akan mengkoordinasikan pelbagai misi antara skuad-skuad berbeza dalam lokasi map yang berlainan. Misalnya, satu skuad akan mengejar sebuah Railjack musuh yang dilindungi dengan perisai yang ampuh, manakala skuad lain pula di dalam planet berdekatan akan ditugaskan untuk memusnahkan generator kuasa untuk kapal yang ingin diserang itu tadi.

Di samping itu, expansion ini juga dikatakan akan meningkatkan grafik serta musuh AI yang dikemaskini bagi mewujudkan satu pertempuran yang lebih dinamik.

Mereka masih belum dedahkan bilakah expansion terbaru ini akan dilancarkan ke dalam Warframe.

JomKomen!