Mahukan game first-person shooter dengan tema futuristik yang percuma untuk dimainkan?
Warface, game yang kini boleh dimainkan di PC, dibangunkan oleh Crytek, telah diumumkan akan hadir ke konsol kegemaran korang. Game ini akan dikeluarkan versi beta-nya di PS4 pada bulan Ogos ini dan di Xbox One pada bulan September.
Korang boleh mendaftar untuk akses ke closed beta ini di sini.
Warface merupakan game FPS futuristik yang mempunyai mode PvP dan PvE. PvP menampilkan lebih daripada 9 mode (salah satunya ialah battle royale) dan lebih daripada 50 map, bersama-sama dengan ranked match, clan war dan banyak lagi. PvE pula menyajikan kepada pemain gameplay yang mempunyai jalan cerita.
Crytek turut mendedahkan yang versi konsol ini tidak akan merendahkan apa-apa kualiti yang ada dalam versi PC kerana satu pasukan berasingan telah ditugaskan untuk membangunkan versi konsol ini.
Comments
Loading…