in , , ,

Warcraft 3 Di-upgrade Jadi Warcraft 3: Reforged – Sama Tapi Tak Serupa!

Ada juga berita seronok daripada BlizzCon sebenarnya.

Warcraft 3 adalah salah satu game paling berpengaruh pada zamannya.

Warcraft 3 begitu popular, ianya menerima pujian pengkritik video game dan berjaya terjual melebihi 4.5 juta unit – 1 juta daripadanya dalam bulan pertama sahaja!

Daripada Warcraft 3 (2002) yang mempopularkan video game real-time strategy, ianya seterusnya mempengaruhi World of Warcraft (2004), game MMORPG Blizzard yang turut mendominasi pasaran video game sekian lamanya. Daripada mode dan map yang ada di dalam WC3 dan WoW – ianya pula mempengaruhi pembangunan video game bergenre multiplayer online battle arena (MOBA) yang kita kenali hari ini.

Jadi sebab itulah ramai peminat hype apabila Blizzard mengumumkan Warcraft 3: Reforged (WC3:R), update terbaru bagi Warcraft 3 yang sudahpun berusia 16 tahun! Menurut Pete Stilwell, senior producer Blizzard, WC3:R akan mengekalkan gameplay asal – manakala cerita, reka seni, reka bunyi dan macam-macam lagi akan diperbaharui!

WC3:R akan menampilkan story baru mengikuti lore Warcraft yang terkini, cutscene diperbaharui, animasi dan character model diperbaharui, map dan campaign diperbaharui, sistem UI dan World Editor diperbaharui – dan semuanya dalam paparan 4K!

WC3:R juga akan membolehkan pemain lama WC3 untuk bermain dengan pemain baru WC3:R di dalam server yang sama.

Pendek cerita, semuanya barulah!

Kepada peminat asal WC3, korang pasti akan gembira bermain semula di dalam server, berperang di dalam dunia yang macam kenal aje.

Bagi pemain baru pula, WC3:R mungkin menjadi pengenalan kepada dunia Warcraft yang begitu sarat dengan aksi dan karakter ikonik.

Apa-apa pun, penulis tak sabar menantikan edisi remaster kepada game klasik ini nanti.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Harap Bersabar! Diablo 4 Dalam Pembikinan – Belum Sedia Untuk Diumumkan

Skin Joker dan Harley Quinn Diumumkan Bagi PUBG!