in , , , ,

Wan Hazmer Umum No Straight Roads Ditunda Ke Satu Tarikh Yang Masih Belum Ditentukan

Game buatan Malaysia yang kini mendapat perhatian global, No Straight Roads tidak lagi akan dilancarkan pada 30 Jun ini.

Sebaliknya, Metronomik telah mengumumkan bahawa game aksi bertemakan muzik itu akan ditunda ke satu tarikh baharu yang masih mereka belum tentukan. Pastinya, penundaan ini disebabkan oleh situasi wabak pandemik yang melanda dunia pada ketika ini.

Dalam satu video pengumuman, Wan Hazmer berkata yang game ini tetap akan dilancarkan pada musim panas ini (sekitar Jun hingga September). Beliau mengingatkan bahawa akan ada beberapa kedai yang menyenaraikan game ini akan dilancarkan pada 31 Ogos ini, walau bagaimanapun, ia hanyalah ketetapatan sementara (placeholder) sahaja sebelum tarikh sebenar diumumkan mereka kelak.

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun di Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta orang kanannya untuk game ini ialah Daim Dziauddin, bekas concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dah Boleh Download Sekarang, Call of Duty: WWII Kini Percuma Untuk PlayStation Plus

The Last of Us Part II Dilaporkan Telah Diharamkan Di Arab Saudi Dan UAE