in

Wan Hazmer Dedahkan Nama Studio Beliau, Kini Mencari Beberapa Pembangun Video Game

Segala persoalan yang bermain di minda kita kini terjawab.

Sumber: Facebook Wan Hazmer.

Akhirnya, Wan Hazmer Wan Abd Halim telah mendedahkan nama studio pembangunan game yang sedang beliau usahakan, iaitu Metronomik. Melalui post yang dinaikkan di laman Facebook peribadinya, nama “Metronomik” adalah kata adjektif yang diambil daripada “metronome”.

Lokasi operasi utama studio ini terletak di Komune Bangsar South, Kuala Lumpur (Metronomik Sdn Bhd), dan beliau turut mendedahkan yang mereka turut membina hab pembangunan perniagaan di Tokyo, Jepun (Metronomik Inc).

Sumber: Facebook Wan Hazmer.

Apa motif di sebalik nama Metronomik? Kata Wan Hazmer, “Visinya adalah besar tetapi ringkas. Saya amat percaya bahawa irama adalah sebahagian besar daripada kehidupan kita. Walau bagaimanapun, mengambil kira bahawa game menyerupai kehidupan masakini, irama secara sedihnya kurang digunakan dalam video game, dan malah dalam industri ini secara keseluruhannya.”

“Seperti bagaimana muzik berintegrasi dengan gameplay. Bagaimana individu dan langkah secara kolektif memberi kesan kepada produksi dan kehidupan persendirian. Bagaimana momentum yang dirancang secara teliti boleh memandu sebuah industri kepada perkembangan pesat. Dan bagaimana sehelai kertas muzik yang terbuka dan kosong boleh mendidik minda anak-anak muda.”

Nama syarikatnya sudah bertemakan muzik, dan semestinya game yang sedang dibangunkan turut mempunyai tema yang sama. Wan Hazmer berkata Metronomik akan mencipta sebuah IP asal yang mengintegrasikan muzik dengan gameplay, iaitu gameplay yang boleh dinikmati semua. Namun, kata beliau, ia bukan sebuah game bergenrekan irama (rhythm).

Sumber: Facebook Wan Hazmer.

Berita baik buat korang yang ingin mengembangkan kerjaya dalam industri ini, Metronomik kini sedang mencari pembangun-pembangun video game dan Wan Hazmer telah menyenaraikan jawatan-jawatan kosong yang beliau sedang cari:

  • Seorang lagi Unreal programmer (mengutamakan mereka yang sudah berpengalaman)
  • 3D modeler
  • 3D rigger
  • VFX artist
  • Motion graphics designer
  • Camera programmer/designer

Korang boleh hubungi Wan Hazmer melalui Facebook beliau untuk mengetahui lebih lanjut.

Wan Hazmer yang menempah nama di studio terkemuka Jepun, Square Enix, kini telah kembali ke tanah air selepas 7 tahun berada di negara matahari terbit itu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Square Enix dan berjanji untuk berbakti kepada industri gaming Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayerUnkn1wn: Friendly Fire Ialah Game Terbaru Di Steam Yang Mengambil Kesempatan Dari Nama PUBG

Assassin’s Creed Rogue HD Telah Dinilai Rating Di Korea, Bukti Ia Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi