in , , , ,

Wan Hazmer Beri Respon Terhadap Persamaan No Straight Roads Dengan Hi-Fi Rush

Hi-Fi Rush merupakan kejutan pertama yang kita dapat untuk tahun 2023. Tiada sebarang pengumuman awal, Bethesda dan Tango Gameworks terus melancarkannya Khamis lalu untuk Xbox Series X/S dan PC (Epic Games Store, Microsoft Store, Steam) serta masuk terus ke dalam langganan Game Pass.

Di sebalik grafiknya yang lawa dan gameplay yang unik, ramai sebenarnya yang perasan bahawa konsep Hi-Fi Rush memiliki banyak persamaan dengan No Straight Roads.

Kepada yang tak pernah dengar, No Straight Roads merupakan sebuah game yang dibangunkan oleh Metronomik, sebuah studio yang berpangkalan di Kuala Lumpur, diketuai oleh Wan Hazmer, yang pernah bekerja sebagai ketua pereka Final Fantasy XV.

Antara persamaan ketara dalam kedua-dua game ini adalah kedua-duanya merupakan game aksi third-person yang memfokuskan kepada rentak muzik untuk bertarung menentang musuh. Karakter yang pemain kawal juga menggunakan gitar sebagai senjatanya.

Selain menyatakan persamaan, ada juga para peminat yang mengatakan (dalam nada negatif) bahawa “Hi-Fi Rush adalah game yang No Straight Roads sepatutnya menjadi”.

Dalam satu kenyataan di Twitter, pengarah No Straight Roads, Wan Hazmer telah memberi respon kepada kenyataan tersebut.

Beliau berkata ungkapan “Hi-Fi Rush adalah game yang lebih baik daripada No Straight Roads” mungkin ada kebenarannya, tapi ia tak membuatkan mereka “sakit hati”.

Wan Hazmer turut menyatakan yang beliau suka dengan Hi-Fi Rush dan mengucapkan tahniah kepada Tango Gameworks untuk sebuah “game yang mengagumkan”. Beliau turut menambah yang beliau masih bangga dengan apa yang mereka telah capai dengan No Straight Roads.

Dalam satu kenyataan yang lain, pengarah Hi-Fi Rush mendedahkan yang idea game ini telah dimulakan sejak 2017, jauh sebelum langganan Game Pass wujud dan sebelum Microsoft mengambil-alih Bethesda.

Adakah Hi-Fi Rush meniru atau mengambil inspirasi daripada No Straight Roads? Nantikan review penuh kami yang akan terbit tak lama lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. For my thesis, I consulted a lot of information, read your article made me feel a lot, benefited me a lot from it, thank you for your help. Thanks!

JomKomen!

Loading…

0

Musim Kedua Siri The Last of Us Disahkan Secara Rasmi Oleh HBO

Naughty Dog Dah “Move On” Daripada Uncharted, Kata Neil Druckmann