Esports sememangnya menjadi buah mulut sedunia masakini sehinggakan arena-arena untuk menganjurkan acara esports dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi, pernah tak korang terfikir yang sebuah syarikat rantaian pasaraya gergasi akan membuka esports arena mereka sendiri?

Ya, Walmart, rantaian pasaraya antara terbesar di Amerika Syarikat kini mempunyai ruang dan kelengkapan di pasarayanya untuk bermain game — digelar Esports Arena.

Walmart telah membuka seksyen Esports Arena di beberapa buah pasaraya mereka. Apa yang ada di seksyen ini ialah ada jualan barangan-barangan gaming seperti PS4, Xbox One, desktop PC, laptop, headset, game-game dan banyak lagi. Selain itu, ruang untuk bermain game juga disediakan untuk pengunjung bersantai-santai main game sambil beli barangan-barangan nak buat spaghetti dan piza (?).

Di ruang bermain game itu, Walmart akan menganjurkan liga waktu malam pada hari-hari biasa, dan menganjurkan pertandingan pada hari-hari minggu. Antara game yang dipertandingan antaranya ialah League of Legends, Call of Duty, Street Fighter V, Fortnite, Overwatch dan banyak lagi.

Ruang ini juga berfungsi sebagai kafe siber/gaming studio yang mana korang boleh bermain dengan bayaran yang dikenakan ialah USD5 untuk sejam.

Sekarang ini, JomGaming nak tanya satu soalan saja. Bila pasaraya-pasaraya tempatan nak lakukan perkara yang sama? Tesco, Giant, Mydin, atau NSK — bila nak jadi pasaraya pertama di Malaysia yang membuka esports arena? Ehem.

Terima kasih, Food Beast.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.