Microsoft memberi respon terhadap kebimbangan Competition and Markets Authority (CMA) tentang pembelian Activision Blizzard bernilai $70 billion.
Dalam kenyataan yang diberi kepada GamesIndustry.biz, Microsoft berkata kebimbangan CMA mengenai perjanjian itu adalah “kurang tepat”. Pihaknya mendakwa walaupun setiap pemain Call of Duty bertukar ke Xbox untuk bermain game shooter itu, PlayStation kekal sebagai platform yang lebih ramai pemain berbanding Xbox.

Komen yang diberikan Microsoft ini adalah respon kepada kebimbangan CMA, iaitu jika pembelian Activision Blizzard berjaya diluluskan, akan ada kurangnya persaingan dalam konsol gaming, perkhidmatan langganan multi-game dan perkhidmatan cloud game.
Pihak CMA di United Kingdom telah melakukan siasatan fasa keduanya mengenai kes perjanjian Microsoft-Activision Blizzard. Ini bermakna pakar-pakar panel akan menilai dengan lebih mendalam tentang isu-isu berbangkit dalam fasa pertama.

Microsoft juga berkata walaupun Sony mungkin tidak senang dengan peningkatan persaingan, namun, ia memberi manfaat kepada gamer dalam membuat pilihan dari peningkatan persaingan ini.
Walau bagaimanapun, Microsoft masih mengekalkan Call of Duty di PlayStation kerana tidak mahu mengasingkan peminat dan memburukkan nama Call of Duty dan Xbox.
Comments
Loading…