Ada kemaskini yang korang perlu muat-turun dulu.

Korang pasti sudah perasan trend sekarang. Beberapa hari sebelum mana-mana game dilancarkan, pasti akan ada sesetengan pemain yang sudah mendapatkan game tersebut. Mereka akan bermain single-player campaign terlebih dulu sementara menunggu server online untuk dibuka.

Walau bagaimanapun, korang mungkin tidak akan dapat melakukannya untuk Call of Duty:WWII. Game ini dilaporkan tidak akan boleh memainkan single-player campaign dengan lebih awal sehingga korang memuat-turun patch pada hari pertama ia dilancarkan, menurut Charlie Intel.

Activision dikatakan sengaja mengunci mode single-player campaign ini, bagi mengelakkan para pemain yang mendapat salinan game ini awal daripada bermain dengannya sebelum tarikh pelancaran rasmi. Korang perlu memuat-turun patch yang akan dikeluarkan pada hari pertama untuk ia membuka “kunci” tersebut.

Activision masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.

Perbuatan ini mungkin satu tindakan yang baik bagi mengekang para pemain yang tidak sepatutnya bermain game ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Tetapi, ia akan menimbulkan masalah kepada para pemain yang hanya membeli game ini untuk single-player campaign sahaja, dan tidak mempunyai sambungan Internet.

Bagaimana mereka ingin membuka “kunci” tersebut sekiranya mereka tidak mempunyai sambungan Internet?

Call of Duty: WWII akan dilancarkan pada 3 November ini di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Ini Adalah Keperluan Spesifikasi Untuk Call of Duty: WWII Di PC

JomKomen!