Menu
in , , , , ,

Walaupun eFootball 2022 Adalah Game Percuma, Konami Jual Pek Premium Harga RM169

Semakin hampir kepada pelancaran eFootball, kita semakin jelas tentang bagimana Konami akan menjana pendapatan daripada game percuma (free-to-play) itu.

Konami telah membuka pra-tempah ‘Premium Player Pack’ untuk eFootball 2022. Jangan terperanjat, pek ini berharga RM169.

Antara kandungan dalam pek ini ialah game eFootball 2022 itu sendiri (yang boleh dimuat-turun secara percuma pun), 6 Chance Deals, dan 2800 eFootball Coins. Sekiranya melakukan pra-tempah (membelinya sebelum pelancaran), pemain akan mendapat tambahan 2 Chance Deals.

Lebih melucukan, eFootball 2022 akan dilancarkan pada 30 September ini, pra-tempah sudah boleh dilakukan sekarang, tapi Chance Deals dan eFootball Coins hanya boleh digunakan selepas kemaskini yang dijadualkan pada pertengahan November.

Jadi, apabila game itu dilancarkan pada hujung September ini, apa saja kandungan yang ada? Apa saja yang pemain boleh mainkan pada ketika itu? Tentunya tiada kandungan mode offline seperti Master League, Become A Legend dan lain-lain.

Pemain yang memiliki eFootball PES 2021 SEASON UPDATE atau eFootball PES 2021 LITE, boleh buka game-game itu untuk beli ‘Premium Player Pack’ bagi mendapatkan diskaun 10%.

Menambah kebingungan, harga RM169 itu merupakan apa yang ditawarkan di PlayStation Store. Di Steam pula, ia hanya berharga RM65.

Daripada jualan pek premium ini, dapatlah kita lihat bagaimana Konami akan ‘buat duit’ daripada game percuma ini — iaitu mereka hanya akan memfokuskan kepada mode seakan Ultimate Team dalam siri game FIFA, kali ini digelar Creative Team (dulu dikenali sebagai myClub).

Tidak pastilah bagaimana Konami akan menyeimbangkan gameplay kepada semua jenis pemain secara adil. Hal ini kerana daripada apa yang dapat kita lihat sekarang, ianya seperti sebuah game pay-to-win, di mana pemain yang membelanjakan lebih wang sebenar, akan mempunyai skuad yang lebih mantap.

Dengan kandungan seperti ini, benarlah apa yang Konami kata, versi yang akan dilancarkan pada 30 September itu hanyalah sebuah demo.

eFootball 2022 akan dilancarkan pada 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series. Versi iOS dan Android pula akan dilancarkan pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version