Empat pemain Pro Evolution Soccer (PES) terbaik tanah air bakal dihantar ke sebuah Tournament yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam.
Sekiranya korang biasa mengikuti kami di JomGaming, pastinya Champions League Asia Tenggara PES (PES SEA CL) tidak asing lagi dalam pengetahuan korang. Namun, bagi korang yang pertama kali terbaca mengenai tournament ini, jom kami ceritakan secara ringkas untuk korang.
PES SEA CL adalah tournament PES online yang diadakan setiap bulan (satu bulan bersamaan satu musim), hasil usahasama oleh komuniti PES Asia dan PES League Asia. Beberapa buah negara di Asia Tenggara akan menghantar pemain terbaik mereka (setelah menjalankan liga domestik masing-masing) untuk berentap bersama pemain terbaik dari negara lain.
PES SEA CL ini merupakan sebuah tournament online yang sangat meriah dalam komunti PES ini. Korang boleh dapatkan artikel-artikel yang pernah kami laporkan mengenai PES SEA CL di sini.

Setelah menjalankan tournament online ini selama 3 musim (musim keempat akan tiba tidak lama lagi), komuniti PES Asia telah meneruskan langkah ke satu tahap yang lebih tinggi.
Sebuah tournament offline bakal diadakan, berteraskan konsep yang sama dengan tournament online sebelum ini. Senang cerita, tournament yang akan diadakan di Vietnam nanti adalah versi offline kepada PES SEA CL yang selama ini diadakan secara online sahaja.
Berikut adalah maklumat-maklumat yang korang perlu tahu untuk tournament tersebut:
- Nama Tournament: SEA Champions League Final
- Penganjur: PES League Vietnam
- Tempat: Hanoi, Vietnam
- Tarikh: 17 April 2016
- Negara-negara yang terlibat (setakat ini): Malaysia, Indonesia, Thailand & Vietnam
- Jumlah pemain yang perlu dihantar setiap negara: Empat (4) orang pemain
Berikut adalah gelanggang yang akan menjadi saksi kepada perseteruan mereka nanti:
Jadi, persoalannya kini, siapa yang bakal membawa nama negara ke tournament ini?
Setakat ini, 2 daripada 4 slot yang disediakan sudah diisi. Satu slot telah diisi oleh Erwan Degasa, di mana beliau yang telah memenangi SEA CL untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, telah mendapat tempat automatik ke Hanoi. Satu lagi slot pula telah diisi oleh Yazid Dragon, di mana beliau telah memenangi liga domestik yang diuruskan oleh komuniti PES Malaysia baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, pihak komuniti PES Asia tidak menetapkan sebarang peraturan bagaimana pemilihan pemain dari setiap negara perlu dijalankan. Jadi, bagaimana pula dengan 2 slot untuk Malaysia yang masih belum diisi itu?
Apabila dihubungi, pihak admin PES Malaysia mengatakan bahawa mereka masih lagi dalam perbincangan untuk menetapkan bagaimana 2 slot itu bakal dipilih. Mereka tidak menolak kemungkinan bahawa satu Tournament Offline bakal diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Namun, ia masih lagi dalam perbincangan awal. Tidak mustahil juga sekiranya mereka hanya akan menjalankan pemilihan menerusi online sahaja.
Jadi, kalau korang ingin mengetahui mengenai perkembangan dua slot ini atau apa sahaja yang berkaitan dengan PES SEA CL yang akan diadakan di Vietnam ini, teruskan bersama kami di JomGaming!
Comments
Loading…