Apabila dua hobi bergabung.
Dua jenama besar, PlayStation dan Nike bergabung tenaga untuk menghasilkan rekaan kasut sukan yang semestinya disukai oleh kedua-dua peminat sukan dan konsol PlayStation.
Kasut ini juga membawa nama atlet bola keranjang NBA Oklahoma City Thunder, Paul George yang juga mempunyai minat dan cinta mendalam terhadap PlayStation dan Nike.
Berikut adalah ciri-ciri khas ditonjolkan dalam rekaan kasut ini:
- Lidah kasut sukan menunjukkan logo PG dan PlayStation yang boleh menyala warna biru iaitu warna sama ketika membuka konsol.
- Terdapat baucer kod PSN yang anda boleh tebus di PlayStation Store untuk Paul George Dynamic Theme PS4 di belakang tumit kasut sebelah kiri.
- Warna kasut sukan ini mendapat ilham daripada butang-butang controller DualShock 4.
- Lambang PlayStation timbul di kedua-dua belah kasut.
- Paul George Dynamic Theme menunjukkan garisan stokin di kedua-dua belah kasut.
Anda boleh lihat kasut Nike PG-2 PlayStation Colorway di bawah:
Nike PG-2 PlayStation Colorway akan dilancarkan pada 10 Februari 2018 anda boleh dapatkan dengan harga $110 (~RM433).
Sumber: Blog PlayStation
Comments
Loading…