Sony telah berkongsikan apakah fungsi-fungsi baharu yang akan dibawa ke dalam kemaskini sistem software versi beta untuk PS5 yang seterusnya.
Antara fungsi utama yang menjadi perhatian ramai adalah integrasi perbualan suara (voice chat) menggunakan platform Discord di PS5.
Melalui integrasi Discord ini, para pemain PS5 akan lebih mudah untuk bermain game dan berbual dengan rakan-rakan di platform lain seperti PC, Xbox, dan mobile memandangkan semakin hari semakin banyak game yang menyokong fungsi cross-play.
Beberapa laporan tidak rasmi sebelum ini mengatakan yang fungsi voice chat Discord di konsol Sony itu akan dilancarkan pada Mac, dan laporan ini kemungkinan besar adalah tepat kerana Sony secara rasminya kini sedang menjalankan ujian percubaan untuk fungsi tersebut.
Buat masa ini, sistem software versi beta ini hanya boleh disertai oleh para pemain di beberapa negara terpilih sahaja (Malaysia tiada dalam senarai).
Sony juga masih belum mendedahkan bilakah fungsi voice chat Discord ini akan dilancarkan sepenuhnya kepada semua PS5.
terimaskih atas informasi yang menarik ini kunjungi tel u