Menu
in , , , ,

Video Trailer Lucu Ini Mengumpulkan Bermacam Glitch Yang Ada Dalam Cyberpunk 2077

Mungkin ada antara korang yang tidak sempat mengikuti apakah sebenarnya isu berbangkit yang dialami oleh Cyberpunk 2077.

Dipendekkan cerita, Cyberpunk 2077 dilancarkan untuk banyak platform. Untuk platform PC dan konsol generasi terkini, ia berjalan seperti apa yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, untuk konsol generasi lama, iaitu konsol asas PS4 dan Xbox One, ia menimbulkan banyak masalah grafik dan prestasi yang menjengkelkan.

Bagi menyimpulkan apa yang membuatkan para pemain PS4 dan Xbox One marah, seorang pengguna Reddit telah menyunting satu trailer lucu yang mengumpulkan pelbagai bug dan glitch yang terjadi dalam Cyberpunk 2077 di konsol generasi lama.

Jom layan:

Dalam perkembangan terkini, Sony telahpun membuang Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store, dan menyediakan pengembalian wang penuh (full refund) kepada pemain yang tidak berpuas hati dengan produk terbaharu CD Projekt Red ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version