Efek visual yang mengagumkan!
Square Enix dan Eidos Montreal telah memuatnaik sebuah video terbaru Shadow of the Tomb Raider yang menampilkan Senior Technical Artist, Martin Palko.
Dalam video ini, beliau menjelaskan secara ringkas bagaimana mereka bekerja untuk memastikan efek visual dalam game ini akan ditambahbaik. Video memperlihatkan bagaimana pergerakan dan visual air, minyak, api dan asap akan digunakan dalam game ini.
Kata Palko, matlamat utama pasukan mereka adalah untuk membawakan sesuatu yang sangat realistik dengan menggunakan formula fizikal di dalam dunia sebenar. Sebagai contoh, warna api akan ditentukan oleh suhu nyalaan tersebut.
Korang boleh saksikan video di bawah:
Shadow of the Tomb Raider bakal dilancarkan pada 14 September ini di PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Shadow of the Tomb Raider: Sinematik Trailer, Screenshots, Bonus Pre-Order Dan Season Pass
Comments
Loading…