Sebulan sebelum Nintendo Switch bakal dipasarkan, Nintendo mengeluarkan video bagi memberi gambaran secara padat dan ringkas tentang konsol Switch ini.
Melalui video ini juga, ia menunjukkan kepelbagaian Nintendo Switch sebagai konsol yang boleh dimainkan di mana-mana sahaja: main di depan TV mahupun main sebagai handheld dengan menggunakan Joy-Con.

Joy-Con antara salah satu keistimewaan untuk konsol baru ini kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri unik seperti gyroscope dan accelerometer untuk mengesan pergerakan serta sensor InfraRed (IR) untuk mengesan jarak dan bentuk sesuatu benda atau bentuk.
Anda boleh lihat video secara penuh di bawah:
Nintendo Switch akan dipasarkan pada 3 Mac 2017 di seluruh dunia dengan anggaran harga bermula dari RM1399. Ingin mengetahui butiran penuh konsol Nintendo Switch dan game untuk konsol ini? Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Comments
Loading…