Unreal Engine 5 yang baru sahaja dilancarkan Epic Games boleh dikatakan sebagai enjin game paling popular di dunia pada ketika ini. Selain ia boleh dimuat-turun secara percuma oleh sesiapa sahaja, ia juga menawarkan bermacam fungsi dan teknologi baharu yang memudahkan.
Terlalu banyak kandungan yang telah para pencipta bikin dalam Unreal Engine 5. Antara yang paling menarik perhatian kami adalah mereka yang membikin semula beberapa karakter dan dunia dari game-game popular.
Antara yang paling mengagumkan adalah penciptaan semula Red Dead Redemption dan The Last of Us. Korang boleh saksikan video yang dimuatnaik ENFANT TERRIBLE di bawah, di mana channel tersebut telah mengumpulkan beberapa aset dari pelbagai artis untuk dijadikan satu video kompilasi.
Sememangnya kemudahan dan grafik yang disajikan Unreal Engine 5 menyenangkan para pencipta bebas ini membikin kandungan yang menakjubkan seumpama ini.