in , , , , ,

Video Ini Cuba Mainkan Controller PS5, DualSense Di PS4, Xbox Series X, PC, Android

Sony telah mengedarkan konsol PS5, controller DualSense dan beberapa aksesori lain kepada beberapa media dan Youtuber terpilih. Dan mereka telahpun berkongsikan beberapa gambar yang memperlihatkan kotak produk-produk terbaharu PlayStation tersebut selepas menerimanya daripada Sony.

Daripada beberapa media dan Youtuber yang telah menerimanya, video yang dikeluarkan oleh Youtuber Austin Evans setakat ini adalah yang paling menarik. Beliau telah memperlihatkan sesi unboxing kotak DualSense (unit tambahan, bukan yang hadir sekali dengan konsol PS5).

Sepanjang video ini, beliau telah membuka kotak, mencuba dan memegang sendiri DualSense, menunjukkan beberapa butang baharu seperti butang senyap (mute) mikrofon, dan kemudiannya membuka komponen dalaman controller tersebut.

Selain itu, beliau juga cuba memainkan DualSense di beberapa peranti lain selain PS5, iaitu PS4, Xbox Series X, PC, Android dan xCloud. Berikut ialah dapatan daripada percubaan DualSense terhadap beberapa peranti itu:

PS4 — DualSense tidak berfungsi, namun mikrofon yang terbina di DualSense boleh digunakan. Malah, apabila melihat senarai peranti di Settings, sistem PS4 mengesan DualSense sebagai ‘Wireless Controller”. Mungkin Sony akan melancarkan kemaskini baharu untuk membenarkan DualSense dimainkan di PS4.

Xbox Series X — Tidak dapat dikesan dan tidak berfungsi.

PC — Sama seperti DualShock 4, DualSense boleh digunakan di PC.

Android — Navigasi dalam sistem Android boleh menggunakan DualSense, menghubungkannya melalui bluetooth.

xCloud — Memandangkan ia boleh digunakan di Android tanpa sebarang masalah, ia juga boleh digunakan semasa bermain xCloud, iaitu servis streaming game oleh Microsoft.

Korang boleh tonton video penuhnya yang berdurasi kira-kira 11 minit ini di bawah:

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Spotify Unveils New Digital Experience For League of Legends Fans To Discover Their Gaming Style

Sony Umum Kolaborasi Dengan Travis Scott Untuk PS5 Sebagai “Rakan Kreatif Strategik”