Hari ini menandakan tarikh pelancaran untuk game penuh misteri yang dibangunkan Hideo Kojima.

Terbaru, Gamespot telah memuatnaik sebuah video yang membuat perbandingan antara trailer sinematik pengumuman pada 2016 dan trailer TGA 2017 yang pernah dikeluarkan Kojima Productions dengan babak sinematik sebenar yang ditampilkan ke dalam game Death Stranding.

Video ini memaparkan perbandingan yang meletakkan dua babak bersebelahan, membuatkan para penonton boleh menilai apakah persamaan atau perbezaan yang dibawakan ke dalam produk akhir game ini.

Jom layan:

Mana satu yang lebih baik? Paparan dari trailer atau babak sinematik sebenar dalam game? Korang nilai sendiri dan tuliskan di ruangan komen.

Death Stranding telah dilancarkan ke PS4, manakala versi PC pula akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun 2020.

1 komen

  1. Hanya di DUPA88 Cukup dengan hitungan menit aja kita bisa berlimpah uang dan dapat bonus-bonusnya juga…BURUUUAN GUYS BERGABUNG DENGAN KAMI DI DUPA88

JomKomen!