in , ,

Video Ini Akan Buat Kita Semua Sedih Untuk Tinggalkan PS4

Walaupun PS5 masih belum dilancarkan di seluruh dunia, tapi kita dah boleh katakan bahawa PS5 telahpun dilancarkan secara rasmi. Dalam kata lain, sudah ada sesetengah pemain yang sudah meninggalkan PS4 dan beralih ke PS5.

Bagi meraikan tahun-tahun cemerlang yang telah dilalui PS4, seorang peminat di channel Youtube Gameplay No Commentary telah menyunting satu video yang cukup beremosi — mengimbau kembali semua game eksklusif yang pernah dikeluarkan di PS4 seperti Infamous Second Son, Uncharted 4, Detroit Become Human, Horizon Zero Dawn, Marvel’s Spider-Man, God of War, The Last of Us Part II, Ghost of Tsushima dan lain-lain.

Menonton video ini tentunya menimbulkan rasa sedih untuk meninggalkan PS4 setelah melihat segala pencapaiannya. Jomlah rasa sebak bersama-sama:

Walau bagaimanapun, dari segi teknikalnya, pemain yang sudah memiliki PS5 tidaklah akan ‘meninggalkan’ PS4 kerana boleh dikatakan 99 peratus game PS4 akan tetap boleh dimainkan di konsol PS5, termasuklah semua game yang ditampilkan dalam video di atas.

PS5 akan dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 11 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Boleh Jatuh Hukum Makruh Atau Haram Bermain PUBG, Kata Pejabat Mufti WP

Ini Pandang Pertama Taman Tema Super Nintendo World Di Jepun, Buka Februari 2021