“Music is a moral law. It gives soul to the universe, wings to the mind, flight to the imagination, and charm and gaiety to life and to everything.” – Plato, ahli falsafah.
Apakah muzik dalam gaming?
Saya mengaku apabila saya sedang gaming, saya bukannya selalu peka terhadap muzik. Kadang-kadang saya tutupkan muzik supaya perhatian saya tak terganggu sebab muzik agak boleh menganggu pemikiran saya. Lebih-lebih lagi bila masa tuh di saat-saat akhir PvP atau boss fight yang epik.
Bila saya nak jadi calm dan focused tapi music tuh sedang bermain rancak, emosi saya pun terpengaruh. Gerak jalan gaming saya mengikut tempo lagu gaming dan kadang-kadang ia tak selari dengan niat saya.
Nih, dan macam-macam lagi, adalah contoh bagaimana muzik menjadi salah satu aspek yang sangat penting dalam video gaming. Dengan itu, wujudnya Video Games Live! yang merupakan satu konsert jelajah untuk merayakan muzik video gaming.
Tiap-tiap tahun, industri gaming mengalu-alukan acara VGL di beberapa tempat serata dunia. Saya mengetahui tentang acara nih mengikut iklan-iklan di Facebook. Yang menarik perhatian saya adalah pengasas VGL, Tommy Tallarico, yang dulu pernah jadi host siri TV Judgement Day. Siri TV rangkaian G4 tuh dulu memang kegemaran saya kerana ia mempersembahkan kajian video games terbaru yang menarik.
Bila tersedar bahawa VGL akan datang ke Malaysia, terus saya tanya pada geng JomGaming sebab rasa nak ingin tahu.
“Korang nak pergi tak?” saya bertanya.
“Saya pergi!” jawab gadis video content JomGaming dan rakan video game Destiny aka Sarah.

Rupanya Sarah memang dah lama berniat nak hadir konsert nih sejak ia ditunda sekejap dari tahun lepas. Walaupun VGL mengadakan acara nih sepanjang tahun, ia tak selalunya diadakan di lokasi yang sama tiap-tiap tahun. Malaysia pernah berpeluang menjadi host VGL pada tahun 2010 dan 2012. Tahun nih tempatnya pula di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Kaiz, salah seorang pro-JRPG dan penulis JomGaming, juga sudah beli tiket ke konsert tersebut. Dengan sedikit pelawaan, dia dan Sarah dapat memujuk saya dan BigBoss JomGaming menyertai satu rombongan ke ibu negara untuk malam tersebut.

Petang hari Sabtu itu merupakan cuaca yang lebih kurang agak cerah dan panas. Setelah sampai ke stadium lebih kurang pukul 4 petang, saya masuk ke dalam ruang bangunan untuk berehat sekejap. Best jugak boleh duduk lepak dalam tempat berhawa dingin nih!
Pada waktu yang sama, juga terdapat satu demonstrasi Super Hero Fight Out! tajaan Tune Talk di atas sebuah pentas pertarungan berpagar. Ia merupakan satu sesi mixed martial arts (MMA) dengan pemain yang berseragam cosplay. Sesi menonton nih terbuka untuk orang ramai, terutamanya gamers yang berminat Street Fighter.


Konsert VGL ditaja oleh P1 Networks, Red Bull Malaysia, dan Tune Talk Sdn Bhd. Walaupun acara itu bermula pada pukul 8 malam, saya datang awal sedikit sebab teringin menyiasat lebih lanjut apakah aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan.
Menyiasat konon.
Sebenarnya saya datang awal sebab nak jalan-jalan cari makan!



Keadaan persekitaran dah bagai satu perayaan besar. Pihak-pihak penganjur dan penaja menyambut kedatangan orang ramai dengan barisan panjang food trucks! Ada yang jual makanan dulang sushi, hotdog, burger sedap siap bungkus, set ayam panggang, dan macam-macam lagi. Juga ada jualan minuman Milo, buah-buahan dan bubble teas.
Sebab cuaca begitu panas, saya beli ais-krim waffle yang sangat enak. Kalau saya ada niat nak diet kurus tahun 2016, nih boleh kata hari cuti je, heheheee!
Yaay, sempat bergambar Instagram satu!

Acara VGL juga telah menyediakan banyak khemah yang khas untuk penaja-penaja utama, jualan flea market, ataupun pameran perniagaan bertema video gaming. Ada juga tempat untuk demo video gaming bagi siapa-siapa yang tak segan nak cuba. Tak syak lagi, video game yang paling diminta ramai adalah game terbaru, Street Fighter V!





Sambil menunggu waktu buka konsert VGL, kitorang jugak membuat sesi live-tweet bergambar dalam Twitter JomGaming. Gambar-gambar suasana pameran berpesta nih dapat jugak menarik kedatangan dua gadis-gadis otai dari Malaysian Female Gamers, Anis dan Salina! Wow!

Hari siang cepat bertukar gelap oleh sebab turunnya hujan lebat. Bila tiba waktu pintu konsert terbuka, kawasan luar Stadium Negara menjadi basah kuyup dan ada beberapa tempat yang hampir banjir. Tapi di dalam stadium, penonton-penonton konsert dah mula bersemangat.
Sebagai permulaan, acara VGL mempersembahkan sesi pertandingan cosplay yang terdiri daripada peserta-peserta yang amat kreatif. Nih berbeza sikit daripada kumpulan demo MMA tadi! Kebanyakkan peserta nih adalah dari golongan professional yang pandai bersolek, berseragam, dan berlakon mengikut watak kegemaran video gaming.

Lepas penyampaian hadiah pemenang cosplay, maka acara konsert Video Games Live! dirasmikan! Setiap konsert yang diusahakan adalah khas mengikut permintaan gamers tempatan. Sebagaimana setiap pengalaman video gaming adalah unik bagi individu gamers, tiada mana-mana konsert VGL disusun dengan aturan muzik yang sama.
Konsert bermula dengan menayangkan beberapa segment yang bertema video gaming; Super Mario World dengan lagu parodi, “What A Wonderful World” dan Ms. Pacman Music Video dari kumpulan The Go! Team. Video lawak nih adalah bagai pembuka acara yang mencuit hati dan disambut meriah oleh ramai penonton.
Lepas tuh dengan serta –merta, lagu pertama VGL adalah tema dari video game yang klasik, Castlevania!

Kemudiannya, pemain gitar solo dan pengasas VGL, Tommy Tallarico, memberi sepatah dua kata. Dia sendiri pernah terlibat dan juga mengarang lagu soundtrack dalam beberapa video game yang terkenal. Bagi dia, tujuan utama konsert lawatan Video Games Live! adalah untuk menjelaskan bahawa seni muzik dalam video gaming adalah seni budaya yang teramat unik sekali.
Tommy juga memperkenalkan, Eimear Noone, konduktor muzik yang mengetuai lagu-lagu yang dimainkan pada malam tersebut. Eimear adalah konduktor utama dalam pelbagai siri video gaming seperti World of Warcraft dan Starcraft 2.


Walaupun konsert VGL dimainkan oleh satu kumpulan seni budaya orkestra, penonton juga dialu-alukan untuk bersorak dan bertepuk serentak masa persembahan!














Lepas tamat lagu terakhir untuk bahagian pertama, konsert VGL mengambil waktu rehat selama 20 minit. Para penonton juga sempat untuk berjalan-jalan ke kawasan stadium, atau mencari alas perut di barisan food truck yang masih ada.
Tak rugi tunggu kumpulan orkestra refresh! Lagu seterusnya adalah lagu tema Kingdom Hearts, waaah!











Pastinya, lagu yang menjadi acara kemuncak VGL adalah lagu dari video game Final Fantasy 7, One Winged Angel! Bro Bomoh Kokodai jugak sempat merakamnya!
Lagu terakhir adalah lagu tema Chrono Trigger. Lagu nih amat merdu iramanya dan tidak lapuk dek zaman.

Setelah selesai lagu terakhir, Tommy mengucapkan terima kasih pada semua para penaja, penganjur, dan penonton-penonton yang sudi hadir. Dia juga sempat menangkap satu gambar landskap untuk kenangan Video Games Live! Kuala Lumpur 2016.

Amazing night in KL! @GameOnVGL @VideGamesLive. They built Tommy a t-shaped ramp!!!! #VGM https://t.co/YUExYDBUlN pic.twitter.com/sSim2mL4Zn
— Eimear Noone (@eimearnoone) February 28, 2016
Bagi saya pula, kenangan yang paling saya hargai adalah pengalaman berada di hadapan konsert VGL. Sebagai gamers, kitorang suka bermain sebab game tersebut sangat interaktif. Tiap-tiap game adalah unik, dan tiap-tiap gamers suka bersifat ingin tahu. Macam mana nak dapat ganjaran in-game yang paling hebat? Apakah cara paling laju untuk selesaikan misi tahap tinggi?
Semasa berada di konsert VGL, saya tidak mementingkan interaksi dengan mana-mana video game, tapi saya masih berasa seronok dapat menyaksikan berbagai jenis tema video game yang menarik. Bukan semuanya video game yang dipersembahkan saya pernah mainkan. Tapi setiap lagu dari video game pada malam itu sudah tersemat dalam hati.
Semoga kita berjumpa lagi dalam konsert VGL yang akan datang!
Comments
Loading…