in , ,

Video Games Live 2016: Konsert Perayaan Dunia Muzik Dalam Video Games!

Ada tak antara korang, kawan atau keluarga yang ketagih runut bunyi gaming? Atau mungkin korang mencari aktiviti menarik untuk seisi keluarga? Jangan ketinggalan menikmati pengalaman dalam one-of-a-kind konsert yang sangat terkemuka ini!

VGLKLMainPic

Video Games Live (VGL) adalah acara yang menampilkan muzik-muzik yang terbaik dan eksklusif dari awal zaman video gaming ke masa kini. Ia menggabungkan kuasa hangat konsert rock dengan tenaga emosi orkestra simfoni dan diiringi tayangan audio visual dan teknologi interaktif yang menakjubkan dan menyeronokkan!

Acara tahunan ini telah diasaskan oleh veteran industri gaming, Tommy Tallarico. Ia telah berlangsung di beberapa lokasi di serata dunia seperti Brazil, New Zealand, Sepanyol, Mexico, England, China, Taiwan, Scotland, Portugal dan Perancis!

Tahun ini juga telah menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah VGL buat kali ketiga. Persembahan ini juga akan dilaksanakan dengan kerjasama orkestra tempatan yang termasyur, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

VGLKLSchedulePic

Contoh muzik yang pernah disusun pada edisi-edisi sebelum ini termasuklah:

  • Mario™
  • Zelda®
  • Halo®
  • Final Fantasy®
  • Warcraft®
  • StarCraft® II
  • Sonic™
  • Metal Gear Solid®
  • Kingdom Hearts
  • Chrono Cross™
  • Street Fighter II
  • MegaMan
  • Resident Evil 5
  • Tetris
  • Pokemon
  • Portal
  • Myst®
  • Tron
  • Castlevania®
  • Metroid®
  • Silent Hill
  • Shadow of the Colossus
  • Interactive Frogger
  • Interactive Space Invaders
  • Interactive Guitar Hero™
  • Heroes of Might & Magic
  • Diablo® III
  • Medal of Honor™
  • God of War™
  • BioShock™
  • Civilization IV
  • End of Nations
  • Afrika
  • Uncharted II
  • Assassin’s Creed II
  • Tomb Raider®
  • Beyond Good & Evil™
  • Advent Rising
  • EverQuest® II
  • Mass Effect™
  • Crysis®
  • Monkey Island
  • Earthworm Jim
  • Pac-Man
  • Lair
  • Conan
  • Command & Conquer: Red Alert
  • Headhunter
  • Splinter Cell®
  • Ghost Recon™
  • Rainbow Six®
  • Jade Empire
  • Contra
  • OutRun
  • Gears of War
  • Harry Potter and the Order of the Phoenix™

… dan banyak-banyak lagi!

Selain daripada konsert utama, Video Games Live Kuala Lumpur juga mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti flea market, game demos, pertandingan Guitar Hero, dan bermacam-macam lagi! Kalau korang rasa lapar, acara ini juga ada banyak barisan food trucks penuh dengan makanan sedap! Fu-yoh!

VGLKLCosplayers
Waaaaah, nak datang ber-cosplay pun boleh!

Terdapat juga aksi demonstrasi Super Hero Fight Out! dalam pagar pertarungan mixed martial arts (MMA)!

VGLKLDemoSuperHeroFight
Mari sorak untuk super hero yang paling awesome dalam demo nih!

Nak Ikut! Dekat Mana Konsert Ini?

Hahaaa, takpa-takpa! JomGaming ada maklumat yang korang nak:

  • Lokasi: Stadium Negara, Kuala Lumpur (klik untuk peta!)
  • Tarikh: 27 Februari 2016
  • Masa: Bermula 8 malam (datanglah awal untuk aktiviti pre-show!)

Apa tunggu lagi? Layari laman ini untuk mendapatkan tiket masuk! Bawalah geng, keluarga atau kawan dan jom kita sambut satu malam yang tak akan dilupakan!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

DotA 2: Shanghai Major Medan Anak Muda Malaysia Pamer Kehebatan!

Assassin’s Creed Mungkin Tidak Akan Dikeluarkan Setiap Tahun Lagi!