in , ,

Video Gameplay Terbaru The Last of Us 2 Tertiris – Pemain Boleh Kawal Ellie Memetik Gitar

Semalam, Naughty Dog telah mengumumkan yang tarikh pelancaran The Last of Us Part II telah dtunda sekali lagi, berserta perkongsian beberapa screenshots terbaharu.

Terkini, susulan daripada berita-berita semalam, satu video gameplay baharu dari game yang sangat dinantikan itu telah tertiris. Berbeza dengan gameplay yang pernah diperlihatkan sebelum ini, kali ini ia mendedahkan bahawa pemain nanti akan boleh mengawal Ellie yang sedang memetik gitar.

Video tersebut dimuatnaik oleh channel yang tidak bertanggungjawab bernama ‘covid19‘, namun ia telah dipadamkan oleh pihak Youtube. Penulis sendiri tidak menonton video ini kerana ia semestinya mempunyai babak spoiler, tapi sekiranya korang tetap mahu saksikannya, ia telah dimuatnaik di sini.

Tidak banyak yang boleh penulis katakan daripada gameplay ini kerana penulis sendiri tidak menontonnya, tapi menurut DualShockers, Naughty Dog telah mencipta satu gameplay menarik yang membenarkan pemain untuk mengawal Ellie yang sedang memetik gitar. Terlihat di skrin ada not-not muzik dan apakah butang yang perlu kita tekan untuk memainkan not-not itu.

Seperti yang diumumkan semalam, The Last of Us Part II telah ditunda ke satu tarikh pelancaran yang tidak dinyatakan. Pada ketika ini, ia masih lagi eksklusif untuk PS4, walaupun para peminat sudah mula risau yang ia akan terus dilancarkan ke PS5 yang dijadualkan berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Meka Hunters Kini Dilancarkan Ke Peranti Mobile - Game Yang Dibikin Pembangun Tempatan Secara Solo

Meka Hunters Kini Dilancarkan Ke Peranti Mobile – Game Yang Dibikin Pembangun Tempatan Secara Solo

Umpama Harry Potter Bertemu Stardew Valley - Memperkenalkan Witchbrook

Umpama Harry Potter Bertemu Stardew Valley – Memperkenalkan Witchbrook