in , , ,

Video Gameplay Red Dead Redemption 2 Akan Dikeluarkan Pada Malam Ini, Umum Rockstar

Akhirnya, gameplay yang kita semua nantikan.

Red Dead Redemption 2 merupakan antara game yang paling dinantikan gamers pada tahun ini. Walaupun ia bakal dilancarkan pada Oktober ini, iaitu kira-kira dua bulan lagi, sehingga kini kita masih belum dapat melihat gameplay untuk game ini. Rockstar sebelum ini hanya memaparkan trailer-trailer sinematik sahaja.

Terbaru, Rockstar telah mengumumkan sesuatu yang kita semua sudah lama nantikan. Video gameplay Red Dead Redemption 2 akan diperlihatkan kepada umum pada malam ini, 9 Ogos, 11 malam (waktu Malaysia).

Korang boleh tonton video gameplay ini di YouTubeFacebook dan Twitch Rockstar Games.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober ini untuk PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

7 Sebab Destiny 2 & Forsaken DLC Bawa Kembali Gameplay Klasik Destiny 1 Permintaan Ramai

Real Madrid Kini Mempromosi Dan Menjual Jersi Sebenar Alex Hunter, Watak Fiksyen Dalam Siri Game FIFA