in , , , ,

Video Gameplay Pertama Red Dead Redemption 2 Paparkan Dunia Yang Luas, Grafik Memukau

Akhirnya, setelah sekian lama menanti.

Seperti dijanjikan semalam, malam tadi Rockstar telah memperlihatkan video gameplay pertama Red Dead Redemption 2.

Gameplay berdurasi selama 6 minit ini memaparkan dunia koboi luas yang pemain boleh jelajahi, apa yang pemain boleh lakukan bersama orang sekeliling, pertempuran jarak dekat dan jauh, serta semestinya grafik dan persekitaran yang cukup memukau.

Korang boleh layan di bawah:

Melalui PlayStation Blog, Rockstar turut mendedahkan yang video ini dirakamkan di PS4 Pro dalam resolusi 4K. Ia juga disahkan yang game ini nanti akan turut menyokong resolusi 4K dan HDR di Xbox One X.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One pada 26 Oktober ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Real Madrid Kini Mempromosi Dan Menjual Jersi Sebenar Alex Hunter, Watak Fiksyen Dalam Siri Game FIFA

Meraikan Jualan Melepasi 500 Juta Unit, Sony Umumkan Bundle PS4 Pro Edisi Khas Berharga RM2,149