in , , ,

Video Gameplay Battlefield Mobile Mula Tertiris, Saksikannya Di Sini

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, sesi beta untuk Battlefield Mobile akan mula diberikan kepada para pemain Android di Indonesia dan Filipina terlebih dulu.

Kini, beberapa video gameplay serta skrin progression untuk game shooter itu sudah mula dikongsikan oleh sesetengah pemain di Reddit yang sudah mula mencubanya.

Korang bolah saksikannya di bawah, memperlihatkan gameplay salah satu map paling popular dalam Battlefield 3, iaitu Grand Bazaar dalam mode Conquest.

Battlefield Mobile merupakan sebuah game percuma (free-to-play) di mana item-item yang dijual dalam game itu kelak hanyalah bersifat kosmetik. Ia juga merupakan satu versi khas yang berbeza daripada versi PC dan konsol.

Amacam? Apa reaksi korang untuk Battlefield Mobile selepas melihat gameplay pertamanya? Kongsikannya di ruangan komen.

Terima kasih, MP1ST.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Filem Animasi Mario Bakal Dibintangi Chris Pratt, Anya Taylor-Joy, Charlie Day, Jack Black, Seth Rogen

Netflix Umum Game Adaptasi Dari Filem Kate, Hadir Ke Steam Bulan Depan