JP Games telah mengumumkan game pertama yang sedang dibangunkan studio tersebut — sebuah game tentang paralimpik yang merupakan game rasmi daripada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.

Berjudul The Pegasus Dream Tour, game ini dibangunkan dengan konsep untuk membawa genre RPG ke satu tahap seterusnya dan mencipta masa depan yang dipenuh dengan game”. Objektif utama game ini ialah untuk melonjakkan populariti sukan paralimpik semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kelak.

The Pegasus Dream Tour dideskripsikan sebagai sebuah game sukan bergenre RPG. Para pemain akan menyertai Sukan Paralimpik maya yang berlatarbelakangkan metropolis fantasi yang digelar Pegasus City. Di sini, pemain akan membangkitkan keupayaan istimewa yang digelar “Xtra Power” dalam sebuah dunia alternate Paralimpik yang secara dinamiknya hanya boleh dinikmati dalam sesebuah video game.

Game ini dirancang untuk dilancarkan ke pelbagai platform, termasuk telefon pintar, dan dijadualkan menemui para pemain seluruh dunia pada tahun 2020.

JP Games merupakan studio baru yang dibuka oleh Hajime Tabata. Beliau telah meninggalkan Square Enix pada November 2018 lalu.

Ini komen Tabata tentang The Pegasus Dream Tour yang sedang dibangunkan pasukan beliau:

“Ini bukan video game tentang sukan yang biasa-biasa. JP Games akan mewujudkan keajaiban penuh yang unik kepada sukan paralimpik dalam sebuah game RPG serba baru ini — sebuah genre yang kami cemerlang. Melalui game ini, kami mahu menyumbang kepada pembangunan masa depan Sukan Paralimpik, bukan sahaja sebagai acara sukan, tetapi sebagai hiburan juga, dengan kandungan yang kami harap mempunyai nilai bertahan yang lama pada masa akan datang.”

Ini pula kenyataan yang dikeluarkan Andrew Parsons, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa:

“Menjelang Paralimpik Tokyo 2020, kami teruja untuk mencuba pelbagai cara inovatif baru untuk berhubung dengan audiens yang baru dan lebih muda. Kami percaya video game akan melonjakkan perhatian dalam Sukan Paralimpik dan memudahkan orang ramai di seluruh dunia untuk menikmati dan merasai atmosfera hangat, semangat dan keseronokan acara ini.”

Sumber: Gematsu

JomKomen!