in ,

Video Game Ganas Patut Dikenakan Cukai Tambahan, Kata Ahli Politik Amerika

Wakil negeri Rhode Island di Amerika Syarikat, Robert Nardolillo telah mencadangkan undang-undang di Ocean State bahawa cukai tambahan perlu dikenakan ke atas video games yang ganas.

Ahli parlimen Republik itu berkata pengumpulan dana dari cukai tersebut akan dibelanjakan ke sumber-sumber kaunseling dan kesihatan mental. Undang-undang ini akan menambah 10 peratus cukai jualan ke atas video game yang dijual di Rhode Island yang mempunyai penarafan ESRB M-for-Mature atau lebih tinggi.

Kadar cukai jualan di Rhode Island adalah 7 peratus, ini bermakna game yang berharga $60 akan naik menjadi $64.20. Dengan tambahan 10 peratus, game dengan penarafan M seperti Grand Theft Auto V akan berharga $70.20. Nardolillo berkata pendapatan dari cukai tersebut akan diletakkan dalam “diskaun khas” yang akan disebarkan ke seluruh daerah sekolah untuk tujuan pembiayaan program kaunseling dan kesihatan mental serta juga “penyelesaian kepada aktiviti-aktiviti konflik yang lain.”

Wakil negeri Rhode Island, Robert Nardolillo

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan setiap buah sekolah di Rhode Island sebagai sebuah tempat yang tenang dan selamat untuk para pelajar belajar. Dengan menawarkan kanak-kanak ini sumber-sumber untuk menguruskan keagresifan mereka pada hari ini, kami boleh pastikan hari yang lebih aman pada esok hari,”kata beliau di satu sidang akhbar.

Nardolillo mencadangkan undang-undang tersebut sehari selepas kejadian tembak-menembak yang mengerikan di sebuah sekolah di Parkland, Florida.

Presiden Donald Trump sebelum itu juga berkata beliau pernah mendengar kata orang bahawa “tahap keganasan dalam video game memang boleh mengubah pemikiran orang muda.”

Nardolillo terus berkata, tanpa memetik mana-mana data atau kajian yang spesifik, bahawa “terdapat bukti yang menunjukkan kanak-kanak terdedah kepada keganasan dalam video game pada usia muda lebih cenderung untuk bertindak lebih agresif daripada sesiapa yang tidak pernah bermain,” beliau menambah. “Cadangan ini akan memberikan setiap sekolah sumber-sumber tambahan yang diperlukan untuk membantu para pelajar menangani keagresifan itu dengan cara yang positif.

Kejadian tembak-menembak di sebuah sekolah di Parkland, Florida

Sesetengah mempertikaikan bahawa terdapat kepastian hubungan di antara bermain video games ganas dan peningkatan tahap tingkah laku agresif, tapi sebaliknya ia juga satu faktor risiko yang menonjol untuk tingkah laku keganasan dalam dunia sebenar.

Ini bukanlah kali pertama ahli politik mencadangkan cukai tambahan kepada sesetengah video game. Selepas peristiwa tembak-menembak Sandy Hook di Newtown, Connecticut, seorang ahli parlimen dari negeri itu mencadangkan cukai yang hampir sama pada tahun 2013.

Juga pada tahun itu, seorang wakli negeri dari Missouri mencadangkan cukai jualan ke atas game yang mempunyai penarafan M dan ke atas. Dalam kedua-dua kes tersebut, dana akan dibelanjakan ke program kesihatan mental. Namun, cadangan-cadangan itu tidak pernah diluluskan.

Sumber: Gamespot

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tak Perlu Bertempur, Mode Baru Dalam Assassin’s Creed Origins Khas Untuk Belajar Sejarah Mesir

Jom Sertai Pertandingan FIFA 18 di Nilai, Negeri Sembilan – Sepenuhnya PS4 Pro Dan 4K TV!