Genre seram lost-footage diteruskan dengan game Blair Witch yang diumumkan di pentas Xbox di E3 pagi tadi.

Sebuah game yang diinspirasikan daripada francais filem dan game seram Blair Witch akan dilancarkan lewat tahun ini. Game ini diumumkan semasa pembentangan Xbox di E3 2019.

Game ini akan dibangunkan oleh Bloober Team yang turut menghasilkan Layers of Fear dan akan berdasarkan ‘kisah sinematik Blair Witch’. The Blair Witch Project adalah filem seram bergenre lost-footage yang ditayangkan pada tahun 1999 – dan seterusnya menghasilkan pelbagai kesinambungan menerusi filem dan video game.

Video game Blair Witch bergenre first person horror ini akan menampilkan seorang lelaki yang meneroka hutan seram bersama anjingnya, Bullet dalam mencari seorang kanak-kanak yang hilang.

Blair Witch akan dilancarkan pada 30 Ogos di platform Xbox One dan PC.

JomKomen!