in , , ,

Video Fungsi Kawalan Ibu Bapa Nintendo Switch Diperkenalkan Bowser & Bowser Jr. Menawan Hati Kami!

Nintendo Switch bakal berada di pasaran antarabangsa pada 3 Mac 2017 dan menampilkan pelbagai jenis game yang anda boleh bermain bersama keluarga.

Kepada ibu bapa yang mahu mengawal masa anak anda bermain di Nintendo Switch, anda boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit yang diumumkan oleh Nintendo pada awal minggu ini. Aplikasi ini bakal berada di Android dan juga iOS.

Nintendo memperkenalkan aplikasi bernama Nintendo Switch Parental Controls dengan menampilkan karakter daripada game Mario, Bowser dan anaknya, Bowser Jr. Video ini menerangkan secara comel tentang fungsi menetapkan tempoh masa anak anda boleh bermain Nintendo Switch.

Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa menetapkan penggera bunyi sebagai peringatan kepada pemain bahawa masa sudah tamat. Lebih-lebih lagi, ibu bapa boleh buat Nintendo Switch memasuki “suspend mode” selepas tiba pada masa yang sudah ditetapkan.

Ibu bapa juga boleh menyesuaikan dan mengubah jadual waktu tempoh anak anda boleh bermain game pada setiap hari serta menetapkan lebih masa untuk anak bermain semasa hujung minggu. Ibu bapa juga boleh mengetahui game mana yang paling banyak dimainkan oleh anak anda.

Selain daripada itu, aplikasi ini juga boleh menyekat hubungan sosial media dan menghadkan penggunaan perisian mengikut umur dan kedudukan ESRB.

Ikuti liputan lanjut kami mengenai Nintendo Switch serta senarai game yang bakal muncul untuk konsol terbaru ini.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri FIFA Bakal Muncul Ke Nintendo Switch Tahun Ini! FIFA Dimana-Mana Sahaja!

Falsafah Dan Pegangan Shigeru Miyamoto Dalam Mereka Bentuk Video Game