in , ,

Video Deepfake Ini Menukar Babak Uncharted 4 Kepada Wajah Nathan Fillion, Menakutkan!

Kemahiran suntingan video yang cukup tidak masuk akal, deepfake sering menukarkan wajah seseorang dalam sesebuah filem kepada wajah orang lain tanpa kelihatan sebarang cacat cela.

Namun kali ini, kita disajikan dengan satu babak dari video game pula. Saluran Youtube Jarkan telah mengubah wajah Nathan Drake dalam satu babak Uncharted 4: A Thief’s End kepada wajah pelakon terkenal Nathan Fillion.

Hasilnya, sama seperti suntingan video deepfake yang lain, sangat menakutkan kerana ia kelihatan terlalu ‘real’. Korang boleh tontonnya di bawah:

Nathan Fillion sememangnya cukup terkenal sebagai pelakon yang kebanyakan peminat mahu beliau diambil menghidupkan watak Nathan Drake dalam filem adaptasi Uncharted. Namun impian ini tidak pernah tercapai, lebih-lebih lagi apabila filem Uncharted yang sedang dalam produksi ketika ini membawakan Nathan Drake semasa muda, maka pelakon yang lebih muda, iaitu Tom Holland telah menggalas watak ini.

Kalau korang masih ingat, terdapat sebuah filem rekaan peminat (fan film) yang pernah dibikin oleh Allan Ungar, dibintingai Nathan Fillion, mengetengahkan jalan cerita mencari harta karun Kesultanan Melayu Melaka yang dibawa lari Portugis. Korang boleh tontonnya di sini kalau korang masih belum lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pengganti E3, Summer Game Fest Diumumkan, Bermacam Berita Gaming Selama 4 Bulan

Pengganti E3, Summer Game Fest Diumumkan, Bermacam Berita Gaming Selama 4 Bulan

10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots

Pengarah Assassin’s Creed Valhalla Jawab Kegusaran Persamaan Dengan God of War