in , ,

Video Balik Tabir Ini Kongsikan Bagaimana Naughty Dog Mencantikkan The Last of Us Part II

Video ketiga dalam siri video promosi untuk The Last of Us Part II telah dikeluarkan. Dalam video di balik tabir kali ini, Naughty Dog berkongsikan bagaimana pasukan mereka mengambil berat terhadap setiap perincian (details) yang mereka ingin bawakan ke dalam sekuel ini.

Perincian ini bukan sahaja dalam kerangkan mencantikkan visual game tersebut, malah mereka turut mengatakan yang setiap situasi dan karakter akan terasa seperti benar-benar hidup.

Korang boleh tonton video ini di bawah:

Semalam, melalui livestream State of Play, Sony telah memperlihatkan 20 minit gameplay, termasuk 10 minit gameplay baharu yang tidak pernah disaksikan umum sebelum ini.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri Video Game The Witcher Kini Terjual Sebanyak Lebih 50 Juta Unit

Rasmi: Acara Pertama PS5 Akan Diadakan Minggu Depan, Berlangsung Selama Lebih 1 Jam

Rasmi: Acara Pertama PS5 Akan Diadakan Minggu Depan, Berlangsung Selama Lebih 1 Jam