in , , , , , ,

Video Analisis Netcode Ini Menunjukkan PUBG Mempunyai Masalah Yang Besar Berbanding Fortnite Dan H1Z1

Pernah terfikir kenapa PUBG kelihatan agak kurang sempurna sejak ia mencapai fasa terakhirnya? Atau kenapa ketidaksempurnaan itu sering muncul kembali pada masa tertentu semasa perlawanan sedang berlangsung? Video analisis dari Battle(Non)Sense mungkin menarik minat korang.

Battle(Non)Sense melihat kepada game yang mempunyai mode battle royale seperti PUBG, Fornite Battle Royale dan H1Z1 untuk melakukan perbandingan ke atas netcode mereka. Walaupun menjadi hangat di pasaran, PUBG gagal untuk menarik perhatian dengan prestasinya yang tidak konsisten.

Korang boleh tonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana netcode Fortnite dan H1Z1 mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding PUBG:

Jika PUBG mahu dianggap sebagai sebuah francais yang serius atau mahu menjadi sebuah game ‘esport’, PUBG Corp. perlu melakukan peningkatan yang signifikan terhadap netcode game mereka. Buat masa sekarang, PUBG kekal sebagai sebuah game yang tidak konsisten yang boleh merencatkan keseronokan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Paladins: Battlegrounds Akan Boleh Didapati Sebelum Bulan Mac Tahun Ini Untuk Sesi Beta

Mampukah PC Korang Jadi Super Saiyan? Ini Adalah Keperluan Spesifikasi Untuk Dragon Ball FighterZ