Terima kasih untuk segala jasa yang dicurahkan kepada studio ini.
Shaun Escayg, pengarah kreatif Uncharted: The Lost Legacy telah mengumumkan bahawa beliau bakal meninggalkan Naughty Dog selepas tujuh tahun bersama studio itu.
“Tujuh tahun lalu saya menyertai pasukan berbakat Naughty Dog untuk satu projek yang sangat awal, The Last of Us,” kata Escayg melalui laman Twitter peribadinya. “Kemudiannya ia menjadi sejarah. Left Behind, Uncharted 4 hanya sekilas dan Uncharted The Lost Legacy telah melonjak perkembangan kreatif saya lebih jauh – saya akan merindui rakan-rakan saya.”
Seven years ago I joined the talented team at @Naughty_Dog on a project still in its infancy, The Last Of Us. Well, the rest is history. Left Behind, Uncharted 4 were fleeting and Uncharted The Lost Legacy pushed my creative growth even further- I will miss all my dogs.
— Shaun Escayg (@ShaunEscayg) January 3, 2018
Escayg kemungkinan besar bakal menyertai Crystal Dynamics untuk bersama-sama membangunkan game Avengers akan datang, selepas beliau memuat-naik logo Avengers di Instagram-nya dengan kapsyen “ke pengembaraan baru”. Walau bagaimanapun, Escayg masih belum mengesahkan perkara itu.
Comments
Loading…