Versi demo untuk Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Game dah boleh korang mainkan sekarang. Demo ini akan boleh dimuat-turun sehingga 17 Julai, dan akan boleh dimainkan sehingga 23 Julai.

Pemain PS4 boleh dapatkannya di PlayStation Store di sini, dan pemain Nintendo Switch boleh dapatkannya di Nintendo eShop.

Tiga sukan akan dibawakan ke dalam versi demo ini, iaitu olahraga 110m berpagar, renang 200m dan tenis.

Versi game penuh kelak akan menampilkan 15 sukan, dan korang boleh baca sini untuk ketahui info lanjut tentang game ini.

Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Game akan dilancarkan untuk PS4 dan Switch pada 24 Julai 2019.

JomKomen!