in , , , ,

Vampyr: Vampire Dalam Nih Confirm Takkan Sparkle!

DONTNOD, developer yang menghasilkan Remember Me dan Life Is Strange telah release screenshots dari game RPG mereka yang akan direlease sekitar 2017 – Vampyr! Jom skodeng!

vampyr-01

Dunia Vampyr yang terletak di London pada tahun 1918 menjanjikan pengalaman Role-Playing-Game di dalam mythology vampire dengan storyline yang mantap (kata diorang lah).

vampyr-02

Tersebut alkisah, dunia Vampyr ini menyaksikan bagaimana pandemik influenza Spanish Flu telah membunuh sebahagian besar populasi London menjadikan ianya sebuah dunia ngeri dipenuhi kesakitan dan kematian. Pastinya lokasi yang menarik bagi seekor vampire!

vampyr-03

Korang akan bermain sebagai seorang Doctor, yang dibangkitkan menjadi Vampire! Sebab itu, korang ada pilihan untuk menyembuhkan mangsa yang korang baru attack, sambil mengumpulkan items untuk craft ubat!

vampyr-04

Kenapa nak save mangsa pulak? Setiap watak di dalam game ini nanti akan mempunyai backstory mereka yang tersendiri, dan korang sebagai vampire perlu memilih untuk memburu watak yang sesuai – kerana setiap kematian watak dalam game ini akan mempengaruhi dunia Vampyr itu sendiri!

vampyr-05

Di samping mengembara dan menggunakan kemahiran vampire korang menggoda mangsa – korang juga akan bertempur menggunakan sistem combat melee! Korang akan menggabungkan serangan tumbuk, terajang, cakar, koyak dengan kuasa supernatural vampire!

vampyr-06

Akan ada juga sistem loot/scavenge di mana korang kene kumpul materials dan components dari mangsa-mangsa yang baru korang jadikan makan malam – untuk dijadikan peralatan, senjata dan pelbagai tools untuk menyerang mangsa koang!

vampyr-07

Melihatkan kepada sistem gameplay ini, korang seperti boleh memilih untuk menjadi archetype vampire baik yang hanya ingin survive dijangkiti ‘virus’ vampire ataupun melepaskan kemanusiaan korang untuk menjadi makhluk kegelapan yang ditakuti penghuni London!

vampyr-08

Semasa menulis artikel ini, penulis teringat satu lagi game bertemakan Vampire RPG yang juga awesome satu ketika dulu – Vampire The Masquerade: Bloodlines. Adakah Vampyr mampu mengatasi kehebatan Vampire The Masquerade: Bloodlines? Sama-sama kita nantikan!

Vampyr akan dilancarkan dalam versi PS4, Xbox One dan PC pada tahun 2017.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Uncharted 4: A Thief’s End: Sesi Open Beta Di UK Diumumkan!

PES 2016: Jersi Liga Malaysia Musim 2016 Kini Sudah Tersedia!