in ,

Valve Umumkan Steam Deck, Pesaing Nintendo Switch – Segalanya Tentang Sistem PC Gaming Bimbit Paling Berkuasa Ini

Belum lagi kehangatan Nintendo Switch model OLED baharu reda, Valve telah mengumumkan pesaingnya yang telah menggegarkan dunia gaming — yang mana sebelum ini sudahpun banyak ura-ura yang telah dilaporkan.

Steam Deck telah diumumkan, sebuah sistem PC gaming bimbit (handheld) yang memfokuskan kepada kemampuan untuk bermain game-game yang ada di platform Steam di mana-mana sahaja.

Valve menyatakan bahawa Steam Deck berupaya memainkan game-game AAA terbaharu dengan baik sekali, dicanang sebagai sistem gaming bimbit paling berkuasa dan paling banyak fungsi di dunia.

Perkara paling memudahkan melalui penggunaan Steam Deck adalah pemain hanya perlu log masuk sahaja akaun Steam masing-masing, dan semua game yang ada dalam Library, serta senarai rakan, sudah tersedia untuk diakses.

Antara ciri-ciri Steam Deck yang menjadi tarikan adalah:

  • Skrin bersaiz 7 inci yang juga membawakan fungsi skrin sesentuh (touchscreen).
  • Trackpad di bahagian kanan yang memudahkan untuk bermain game-game yang tidak direka untuk dimainkan secara bimbit seperti game-game first-person shooter — seolah-olah bermain menggunakan skrin sesetenuh dalam game mobile tapi sentuhan tidak berlaku di skrin.
  • Selain 4 butang trigger di bahagian belakang (R1/R2/L1/L2), ada 4 lagi butang tambahan di bahagian belakang-kiri dan belakang kanan digelar butang grip (R4/R5/L4/L5).
  • Kehadiran ciri gyro iaitu skrin akan bergerak mengikut pergerakan yang kita goyangkan terhadap Deck tersebut.
  • Datang bersama bateri berkapisiti 40Wh, dikatakan mampu bertahan selama 7-8 jam dengan penggunaan ringan.
  • Mempunyai port USB-C yang serbaguna: untuk pengecasan, sambungan aksesori, atau sambungan ke skrin lebih besar — dalam kata lain, tukar Steam Deck menjadi seumpama konsol gaming apabila disambungkan ke tv/monitor.
  • Dock rasmi juga akan diperkenalkan (dijual berasingan), membawakan port-port tambahan seperti USB-C, HDMI 2.0, Ethernet, USB 2.0, USB 3.1 dan DisplayPort 1.4.
  • Kehadiran Fast Suspend/Resume: tekan sahaja butang kuasa ketika bermain game dan ia akan masuk ke dalam sleep mode, buka semula dan ia akan sambung di tempat sama semasa ditutup tadi.
  • Kebolehan menambah storan melalui microSD. Game-game yang disimpan dalam microSD akan terus dipaparkan dalam Library.

Valve akan membawakan tiga edisi (dan harga) berbeza untuk Steam Deck, namun ketiga-tiganya hanya berlainan dari sega saiz storannya sahaja. Lain-lain spesifikasi adalah sama.

Tiga varian Steam Deck adalah seperti berikut:

  • USD399 (sekitar RM1,677) — 64GB eMMC internal storage
  • USD529 (sekitar RM2,223) — 256GB NVMe SSD internal storage
  • USD649 (sekitar RM2,727) — 512GB NVMe SSD internal storage

Steam Deck akan dilancarkan pada Disember 2021 untuk negara-negara Amerika Utara dan Eropah terlebih dulu. Valve mengatakan yang ia akan dipasarkan secara rasmi ke rantau-rantau tambahan pada tahun 2022.

Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Steam Deck.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Sahkan Battlefield 2042 Akan Menyokong Cross-Play, Tapi Hanya Bersama Konsol Generasi Sama

The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Netflix Dilaporkan Lantik Bekas Eksekutif EA, Bersedia Tawarkan Game Dalam Langganan Tanpa Caj Tambahan