Baru sahaja tadi semasa livestream The International 2017, Valve telah mengumumkan game baru iaitu berbentuk kad game. 

Artifact adalah sejenis kad game yang akan dilancarkan pada tahun 2018 tetapi tarikh pelancaran tepat masih belum diumumkan. Buat masa sekarang, maklumat yang diterima adalah sangat terhad. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang game ini, korang boleh ikuti akaun Twitter rasmi game ini, @PlayArtifact. 

Rata-rata peminat kini memberikan respon yang positif dan mereka kelihatan tidak sabar untuk mendapatkan akses ke versi Beta, sekiranya ada.

Teruskan bersama JomGaming untuk dapatkan maklumat terkini untuk Artifact.

JomKomen!