Windows XP merupakan sistem operasi keluaran Microsoft yang sudahpun berusia lebih daripada 17 tahun, manakala Windows Vista pula telah berumur 12 tahun.
Penamatan sokongan ini bermula pada 1 Januari 2019. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Valve mendedahkan bahawa kurang 1% pengguna menggunakan kedua-dua sistem operasi tersebut. Faktor yang dinyatakan sebagai alasan utama mereka menamatkan sokongan ini adalah disebabkan dua sistem operasi tersebut tidak menyokong Google Chrome yang digunakan oleh Steam.

Untuk terus menggunakan Steam dan semua game atau produk yang telah dibeli melalui Steam, pengguna perlu mengemaskini ke versi Windows yang terbaru, iaitu Windows 7 dan ke atas.
Terima kasih, Aksiz.
buzdolab� tamircisi urfa
şanlıurfa uyducu olarak uydu çanak anten arızalarınızda bir telefon uzağınızdayız.