in ,

Valve Keluarkan Video Bedah Komponen Dalaman Steam Deck – Tak Galakkan Pemain Lakukannya

Menjelang kira-kira dua bulan sebelum pelancarannya, Valve telah mengeluarkan video membedah dan membuka komponen dalaman Steam Deck.

Dalam video ini juga, Valve sentiasa mengingatkan para gamer betapa rumitnya untuk melakukan kerja ini dan tidak menggalakkan mereka melakukannya.

Platform bimbit itu ditampilkan dengan quad-core AMD Zen CPU yang mana CPU itu berkemampuan octa-core RDNA sehingga 1.6 TFLOPs dalam prestasi. Ia juga mempunyai 16 GB LPDDR5 RAM dan ruang storan pula bergantung kepada model yang dibeli, antara 64 hingga 512 GB.

Skrinnya pula adalah LCD 7 inci dengan resolusi 1280×800.

Baca lebih lanjut tentang Steam Deck di sini.

Steam Deck akan dilancarkan pada Disember 2021 untuk negara-negara Amerika Utara dan Eropah terlebih dulu. Valve mengatakan yang ia akan dipasarkan secara rasmi ke rantau-rantau tambahan pada tahun 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2042: Edisi Standard PS5 Akan Turut Berikan Versi PS4

GMCoin Umum Tajaan Dalam Virtual Pro League (VPL) – Liga FIFA Pro Clubs Popular Di Malaysia