in , ,

Valve Dilaporkan Akan Lancarkan PC Handheld Macam Nintendo Switch Hujung Tahun Ini

Syarikat gergasi industri PC gaming, Valve dilaporkan secara rahsianya sedang membangunkan sebuah PC mudah-alih (portable) seumpama Nintendo Switch.

Ars Technica melaporkan bahawa sistem itu akan memainkan game-game dari Steam, menggunakan sistem operasi berasaskan Linux, dan ia dikatakan akan dilancarkan pada hujung tahun 2021.

Laporan ini dikuatkan lagi apabila baru-baru Valve telah mengeluarkan kemaskini berkaitan hardware ke dalam versi terbaharu Steam. Setelah menggali fail-fail dalam kemaskini ini, Pavel Djundik dari SteamDB telah menemui peranti yang diberi nama “SteamPal”. Kod itu pula terkait dengan satu peranti sebelum yang diberi nama “Neptune”.

Asalnya, ramai merasakan “Neptune” adalah sesuatu yang berkaitan dengan kemaskini controller. Namun, setelah laporan baharu ini muncul, ramai mula yakin yang “StreamPal” dan “Neptune” adalah sesuatu yang berkaitan PC mudah-alih tersebut.

Sistem ini digambarkan sebagai sebuah PC semua-dalam-satu dengan butang-butang gamepad dan touchscreen. Walau bagaimanapun, sistem yang dibangunkan Valve ini dikatakan tidak akan mempunyai rekaan seakan Joy-Con yang boleh dicabut-dipasang.

Lebih menarik tentang perkembangan ini adalah kira-kira dua minggu lalu, dalam satu temubual, pengasas Valve, Gabe Newell mengacah yang sesuatu berkaitan konsol akan dikongsikan mereka pada hujung tahun ini. Mungkin apa yang disebutnya itu adalah sistem PC mudah-alih tersebut.

Seperti biasa, laporan ini masih dalam status khabar angin, maka jangan terlalu meletakkan harapan. Namun, sekiranya laporan ini adalah sahih, apa yang korang inginkan dari sistem PC mudah-alih ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Horizon Forbidden West Disasarkan Pelancarannya Pada 2021, Tiada Skrin Loading

14 Minit Gameplay Horizon Forbidden West Akan Diperlihatkan Jumaat Ini Dalam State of Play

Game Percuma PlayStation Plus Jun 2021 – Star Wars: Squadrons, Virtua Fighter 5, Operation: Tango