in , , ,

Valorant Versi Konsol Nampaknya Sudah Disahkan Dalam Pembangunan

Valorant boleh dikatakan antara game shooter yang paling popular di platform PC pada ketika ini.

Terbaharu, terdapat beberapa butiran yang ditemui, mengarah kepada pengesahan bahawa Valorant versi konsol kini sedang berada dalam pembangunan, walaupun secara rasminya Riot Games masih belum mengumumkannya.

Pertama, di laman karier Riot Games, satu jawatan kosong telah dibuka, iaitu ‘Senior Game Designer, Console – VALORANT’ (terima kasih VeryAli). Antara deskripsi yang dinyatakan untuk jawatan ini adalah “mereka dan menggilap fungsi-fungsi, mode-mode dan sistem-sistem untuk bantu membawa produk-produk game konsol ke pasaran”.

Ini secara langsung telah mengesahkan secara rasmi bahawa Valorant versi konsol sedang dibangunkan.

Di samping itu, satu akaun Twitter yang sering menggali fail data Valorant, @ShiinaVLR telah menemui beberapa fail yang tertera “Connection to “PSN” has been lost” dan “Connection to Xbox LIVE has been lost” — menandakan game kompetitif itu sudah semakin hampir untuk dilancarkan ke PlayStation dan Xbox.

Bagaimana pula dengan Valorant versi mobile? Game tersebut telah diumumkan pada Jun tahun lalu, dan kita masih belum mendapat apa-apa perkembangan terbaharu sejak itu.

Sama-samalah kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Riot Games.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft Dilaporkan Akan Memperkenal Pelan Keluarga Xbox Game Pass Sehingga 5 Pemain

CD Projekt Red Terbitkan Buku Resipi Masakan Berdasarkan Dunia The Witcher