in , , ,

Valorant Akan Dilancarkan Untuk Platform Mobile, Kini Memiliki 14 Juta Pemain Bulanan

Bersempena dengan ulang tahun pertama Valorant, Riot Games telah mengumumkan penambahan platform untuk menikmati game shooter itu.

Valorant akan dilancarkan ke platform mobile, walau bagaimanapun mereka belum berkongsikan sebarang waktu pelancaran.

Riot turut mendedahkan yang sejak pelancarannya di platform PC setahun yang lalu, Valorant telah berjaya mengumpulkan lebih 14 juta pemain bulanan, serta lebih daripada setengah billion perlawanan telah dimainkan.

Menurut Polygon, Riot telah mengesahkan bahawa para pemain di PC dan mobile tidak akan boleh main bersama, atau dalam kata lain, tiada sokongan cross-play. Perkara ini diputuskan agar dapat memberikan setiap platform itu pengalaman terbaik yang tersendiri.

Selain info ini, tiada sebarang butiran lanjut yang didedahkan Riot setakat ini untuk Valorant versi mobile ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Review Liyla and the Shadows Of War – Game Buatan Palestin Yang Menyelami Perang Gaza 2014

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Game Single-Player Story Akan Terus Jadi DNA Kami, Kata Ketua PlayStation Studios