in , ,

Valkyria Chronicles Remastered : Tarikh Release Versi Bahasa Inggeris Akhirnya Dah Umum!

17-Mei-2016 – Ingatlah tarikh keramat ini. SEGA juga ada kongsi trailer baru pasal gameplay!

Game wajib main yang dikeluarkan oleh SEGA ini akan menemui anda di platform Playstation 4 pada tarkh 17-Mei ini! Yahooo!

Valkyria-Chronicles-Remastered-002

Di US atau versi R1, jika anda membuat pre-order untuk limited launch copies untuk game ini, anda akan mendapat Metal Squad 7 Armored Case sebagai bonus pre-order anda.

Untuk edisi Europe atau versi R2, ianya dipanggil “Europa Edition” yang akan datang dengan 32-muka surat art book yang dinamakan The Art of Valkyria Chronicles Remastered. Di dalam buku ini, anda akan dapat melihat sendiri konsep-konsep seni dalam game ini dan seni karakter & suasana di dalam game ini. Terdapat jugak poster bersaiz A3, dengan kedua-dua belah poster ini dicetak gambar. Satu side gambar Squad 7, satu lagi gambar Selvaria Bles dan rakan-rakan.

Valkyria-Chronicles-Remastered-003

Nampaknya versi Europe lebih best dari versi US ni. Belum ada berita mengenai versi Asia lagi.

Valkyria Chronicles Remastered untuk PS4 ini menjanjikan 1080p resolusi visual dengan 60 frames per second, lengkap dengan PSN Trophies dan kesemua DLC yang pernah keluar dalam versi PS3 dahulu.

Valkyria-Chronicles-Remastered-001

SEGA juga dengan berbesar hatinya menghadiahkan para peminat dengan trailer baru. Jom tonton dan jangan lupa main nanti!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League: Pemain di Xbox One Kini Mencecah 1 Juta!

Star Ocean 5: Info Terbaru Mengenai Antagonis, Dungeon dan Skill Miki & Anne!