in

Valkyria: Azure Revolution: Bakal Menggegar PS4 Kelak!

Nampaknya siri JRPG taktikal kegemaran ramai iaitu Valkyria Chronicles bakal menggegar dunia gaming sekali lagi. Berita ini dipaparkan oleh Famitsu dalam keluaran terkini mereka!

Valkyria-Chronicles-Selvaria-Bles

Valkyria Chronicles Remaster bakal dilancarkan untuk console PS4 di Jepun mulai 10 Februari 2016. Ia akan mempunyai grafik HD, DLC dan juga trophy(AKHIRNYA!). Melalui remaster ini juga, pemain bakal mendapat akses kepada demo siri Valkyria yang terbaru iaitu Valkyria: Azure Revolution.

564af1e21c125

Watak-watak yang sudah diumumkan.

  • Amleth – Protagonist siri ini. Beliau merupakan salah seorang pegawai tentera bagi Jutland Kingdom.
  • Ophelia – Srikandi bagi siri ini merupakan puteri bagi Jutland Kingdom.
  • Brynhildr – Seorang Valkyria yang bakal menentang watak utama.

564af1e218e58

Gameplay System.

  • “Gouache” Drawing Engine – Akan memaparkan grafik ala lukisan air. Boleh dijangkakan akan menyerupai game asal Valkyria.
  • “LeGION” Battle System – Sistem perang real-time. Masih belum dapat ditentukan bagaimana sistem baru ini akan berfungsi sepenuhnya.

Masih belum banyak info dikeluarkan mengenai siri terbaru ini. Nantikan update dari JomGaming kelak!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Xbox One: Game Percuma Xbox 360 Akan Mula Serasi Dimainkan!

The Park: Game Horror PC Ke PS4 Dan Xbox One!