Menu
in ,

Valheim Ketika Ini Lebih Popular Daripada PUBG, Apex Legends, GTA V Di Steam

Valheim, merupakan sebuah game eksplorasi-survival co-op bertemakan Vikings yang sedang meningkat naik di Steam. Walaupun masih berada dalam Early Access (belum dilancarkan sepenuhnya), ia telah menolak beberapa game besar lain ke tepi.

Ketika artikel ini ditulis, seramai 244,322 orang sedang bermain Valheim, jauh meninggalkan PUBG (151,306), Apex Legends (103,746), Rust (103,677), Team Fortress 2 (100,558), 鬼谷八荒 (93,221), GTA V (78,043) dan Destiny 2 (64,824).

Hanya Counter-Strike: Global Offensive (413,484) dan Dota 2 (297,088) sahaja yang sedang mengumpulkan pemain lebih ramai daripada Valheim.

Dalam waktu 24 yang lalu, Valheim berjaya mencecah jumlah pemain serentak seramai 367,443 orang.

Bagi korang yang berminat nak tahu apa yang menarik tentang game ini, dan ingin mencuba sendiri, boleh dapatkannya di Steam dengan harga RM39.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version