Kita semua mengenali Usain Bolt sebagai manusia paling pantas lariannya dalam sejarah. Namun, sekiranya korang tidak mengikuti perkembangan terkini Bolt, korang mungkin akan terkejut dengan apa yang beliau sedang lakukan kini.
Sejak bersara daripada sukan balapan pada tahun lalu, Bolt bergiat aktif dalam sukan bola sepak, walaupun bukan secara profesional, setakat ini. Bolt kini sedang berlatih secara percubaan bersama Central Coast Mariners, sebuah kelab bola sepak yang terkemuka di Australia.
Walaupun belum lagi menandatangai kontrak secara profesional bersama kelab tersebut, beliau telahpun diturunkan untuk bermain dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim. Lebih menarik, Bolt berjaya mencatakan jaringan sebanyak dua kali. Korang boleh saksikan gol-golnya di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=IJsCkJInZDI
Melalui perkhabaran yang didengari sekarang, Bolt sedang berbincang untuk sama ada menandatangi kontrak secara profesional ataupun tidak bersama kelab Australia itu. Sekiranya beliau melakukannya, semestinya nama Usain Bolt akan terpapar kemas dalam FIFA 19 kerana lesen liga Australia (A-League) ada dalam game ini.
“Jika Usain diambil oleh Central Coast Mariners maka beliau akan secara automatiknya dimasukkan ke dalam kemaskini musim sejuk (Januari 2019), tapi jika beliau tidak disenaraikan, jadi mungkin akan dimasukkan sebagai free agent,” kata EA Sports kepada Fox Sports Asia.
Kalau benarlah Usain Bolt dimasukkan, selamat tinggallah para pemain pertahanan. Tak cukup dengan Kylian Mbappe, kita nak kena hadap Usain Bolt pula.
Kalau korang ingat, dalam PES 2018, Konami turut membawakan Usain Bolt sebagai pemain yang boleh didapatkan dalam mode myClub.
Comments
Loading…